Wednesday 26 June 2013

I Love My Fat :)

Salam Sejahtera!!


Korang cuba teka Mai yang mana satu dalam gambar atas tu ?? Kalau korang betul, mesti korang kata Mai gemuk dalam gambar tu . . 

Ehheee!! Mai dah berisi sekarang . . Mai pernah simpan hajat nak kurus balik macam zaman sekolah dulu tapi atas kesedaran diri ini *perrgghh ayat* Mai terima lemak-lemak Mai ini seadanya . . 


Bukan mengalah tapi kawan-kawan & si pun kata Mai cute bila macam nie . . Bukan sebab pujian tapi Mai rasa pun Mai selesa macam nie . . Even baju-baju Mai macam tak muat tapi still boleh pakai . . Mai akan beli baju sebulan sekali je . . Jimat tak ?? so dalam setahun, Mai shopping baju seluar 12 kali je . . Ehee! 

So kepada yang berbadan besar tu, jangan malu bila orang kutuk gemuk tau . . Love your fat! Gemuk itu comel tau . . Plus, most lelaki suka perempuan tembam, berisi & berbadan besar :) Think positive okay! Bukan sebab sedap di peluk tapi kecomelan terserlah tau . . So tak perlu nak ikat perut & diet okay . . Lelaki yang mengubah korang adalah lelaki yang tak jujur . . Lelaki yang jujur adalah lelaki yang menerima korang seadanya tau :)

BUT! If korang dah di tahap obesity, haa tu memang kena turunkan berat badan lah . . Tak bagus untuk kesihatan :) Mai gemuk sebab Mai makan nie ::


Dady dah bising sebab makan ayam saja . . So now Mai balance kan makan ayam kurang & lebihkan sayur . . Mumy pun suruh joging tapi Mai malas . . So cara terbaik is tukar cara pemakanan Mai . . Untuk kesihatan juga . . Nanti banyak kolesterol dalam badan . . Ehee!

So, LOVE YOUR FAT!!

End!

Tuesday 25 June 2013

Bacaan Terkini Indeks Pencemaran Udara

Salam Sejahtera!

Okay here bacaan terkini jerebu bagi seluruh negeri . . 

Credit to Cik Abg Muncet >AbgMuncet<

Nie Si AbgMuncet tue ::


Org Asing sesat :P OKAY! Back to title! Nie bacaan tue . . 

*klik gambar utk besarkan*

So jangan lepak luar ek kepada yang berada di negeri yang IPU dia tinggi . . Especially kepada yang ada asthma . . Pakailah topeng ek :)

Korang boleh cek jugak melalui online sendiri ::


& Korang boleh cek online melalui blog abg HH ::


End! 

Sunday 23 June 2013

Korang Rasa Nak Bagi Apa Kat Minah Ni?

Salam Sejahtera !!


Senyum ! Tak perlu kata apa-2 . . Tapi Mai rasa macam nak bagi penyepak je . . Mai asal orang kampung tapi selama 19 years *sekarang dah 21* Mai dibesarkan di Bandar Ipoh so Mai terasa bila dia kata orang bandar bodoh . . Haishh minah nie . . 

Meh terokai facebook minah nie . . Tengok apa lagi yang dia HINA . . 

Meh ke >SINI<

End!

I'm NOT . . . . .

Salam Sejahtera !


Korang buat apa tue ek ?? Okay tajuk entry tu macam tergantung je kan . . Cuba korang teka apa sambungan ayat tu ??

Ahaaa! Salah ~ Sebenarnya, I'm NOT Muslim :) 

Mai baca balik komen-2 yang dekat entry >INI< , mesti ramai yang salah sangka Mai nie Islam kan ?? No . . Mai bukan Islam . . Bukan tue je sebab dekat entry lain pun ada yang bagi salam kat Mai . . Mai tak marah pun tapi just Mai nak bagi tahu yang Mai bukan Islam . . Mai takut korang terasa nanti sebab Mai tak jawab salam korang tu . . 

Rasanya ada yang dah tahu tapi maybe yang baru kenal Mai tu, belum tahu kan so tak apa . . 

Okay! Itu je untuk kali ini . . Sekian entry merepek Mai :p

End!

Friday 21 June 2013

Segmen Klik Klik Ramadhan

Salam Sejahtera!

Hari nie Mai nak join segmen yang senang . . cuma klik iklan je . . Jum lah pakat ramai-2 join :)


Okay Sally, Mai dah klik ke semua iklan Sally :) Hope earning bertambah yew :)

Okay, here my Click-clicks pulak :: 

CLEAR COOKIES & CACHE FIRST, THEN CLICK !

Senang je ! Tak payah nak susah-2 . . Hadiah ?? Mestilah ada . . Topup RM5 untuk 5 orang . . So cepat join!

End!

Thursday 20 June 2013

Segmen : 4 jam Blog Paly

Salam Sejahtera!!

Mai rasa this is the most simple segment ever ! Lama tak join segmen by Paly :)


Rugi oi tak join . . simple je syarat dia :)

1. Buat 1 entri bertajuk "Segmen : 4 jam Blog Paly"
2. Letak gambar atas, link kan ke entri ni dan publish.
3. Letak link segmen kat komen bawah. Setel masalah.
Hadiahnya, topup RM5 untuk seorang so join lah! Klik banner tue !

End! 

Letak Background Dekat CBox

Salam Sejahtera!!


Okay, kali nie Mai nak buat tuto macam mana nak letak background kat CBox korang tue . . Sekarang dah jadi trend letak tue untuk cantikkan background CBOX tue . . 

1. Log In blog
2. HTML/Java Script
3. Copy code bawah nie & paste kat HTML/Java Script::

<center><div style="background:url(BACKGROUND URL);
background-repeat:repeat; -moz-border-radius: 20px;
border-radius: 20px; border:2px solid #FFE2E2; width:250px;">
4. Korang tukar yang Mai hightlight tue ek :)
MERAH : background URL korang
ORANGE : Tukar ketinggian background korang
BIRU : Tukar kelebaran garisan border
UNGU : Tukar warna garisan border
5. Masukan code CBOX korang kat bawah code 3 tadi.

Contoh ::

<center><div style="background:url(http://us.cdn2.123rf.com/168nwm/ingalinder/ingalinder1302/ingalinder130200003/17810216-seamless-pink-valentines-background-with-cute-hearts--sweet-vector-pattern.jpg);
background-repeat:repeat; -moz-border-radius: 20px;
border-radius: 20px; border:2px solid #FFE2E2; width:250px;">
<!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->
<div id="cboxdiv" style="text-align: center; line-height: 0">
<div><iframe frameborder="0" width="200" height="0" src="http://www5.cbox.ws/box/?boxid=790736&amp;boxtag=qmdae7&amp;sec=main" marginheight="2" marginwidth="2" scrolling="auto" allowtransparency="yes" name="cboxmain5-790736" style="border: 0px solid;" id="cboxmain5-790736"></iframe></div>
<div><iframe frameborder="0" width="200" height="75" src="http://www5.cbox.ws/box/?boxid=790736&amp;boxtag=qmdae7&amp;sec=form" marginheight="2" marginwidth="2" scrolling="no" allowtransparency="yes" name="cboxform5-790736" style="border: 0px solid;border-top:0px" id="cboxform5-790736"></iframe></div>
</div>
<!-- END CBOX --></div></center>
Yang Mai hightlight warna MERAH tue adalah code no #3 tadi . . Dan yang warna UNGU tue adalah code CBOX Mai . .

Save!

Selamat mencuba :)

Wednesday 19 June 2013

Mai Jumpa Kembar Ayu Raudhah!!

Salam Sejahtera!!


Cantik tak kaki Mai ?? Ehee! Seronok pegi pantai . . Kalau korang ada add Facebook Mai, tau lah bila & pantai mana Mai pegi . . Mai lupa nak pakai Sun Block so kulit Mai pun mula jadi hitam . . Nie dalam proses pemutihan balik . . Mai ada order Masker dari kak Niexzha . . Masker tue untuk putihkan kulit & buang daki kepada yang daki tue degil nak keluar . . Ehee! Nak tahu lebih lanjut, korang pergilah blog kak Niexzha . . Banyak barang kecantikan yang murah-2 dia jual!

Okay! Back to title . . Mai bukan jumpa Ayu Raudhah kat pantai lah . . Mai tengah jalan-2 kat facebook, Mai ternampak gambar seseorang nie . . Korang mesti kenal lah blogger cool nie . . Muka dia sebulat macam Ayu Raudhah . . Nak tau sape ?? Meh scroll bawah ::

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Korang kenal kan sape ?? Haa! Betul . . Kak Seneorita Baharin ~ She was the sporting blogger ever :) Sekali pandang , memang mirip Ayu Raudhah tapi dua kali pandang macam Ayu Redah katanya . . Ehee! Syuke syuke tengok muka akak! Even Mai panggil dia kembar Ayu Raudhah tapi kak Seneorita Baharin tak marah pun . . Dia layan je perangai gila Mai nie . . Btw, Sorry kak! Kidnap gambar akak :p

Okay lah! sampai di sini sahaja entry merepek Mai !

End!

Sunday 9 June 2013

Mega Giveaway by Cik Hawa

Salam Sejahtera! 


Korang! Jom join Mega Giveaway by Cik Hawa yang julung-julung kali ini. Banyak hadiah lumayan dan menarik menanti anda :D

click banner untuk join.

Mega Giveaway by Cik Hawa ini disponsor oleh Mayini, Deena, Memey, Isamudin Isa, Syauqah, Mastura, Nur Zack, Simple Syara, Adam Faiz, Haida, Nyamuk Terbang, Ifah Dafila, Kaqyonk Fauzi, Mazni, Eymasu, Bubu Lalola, Cikgu Hailmi, Nur Zahirah

Okay done LIKE, Follow blog, follow twitter & like gambar ~ Fuhh! Banyak juga sponser . . Okay jum join ramai-2!

End!

Saturday 8 June 2013

My Confession

Salam Sejahtera!


Hikhikk! Title memang tak boleh belah je! Kalau korang tak paham, pegi +Google  & translate ek . . Korang sehat tak ?? Kalau tak sehat, pegi makan ubat ek :)

Btw, apa confession yang Mai nak buat ek ?? Hikhikk! Lepas Mai baca post entry Mai semalam, Mai terfikir kejap . . Mai memang nak kawen lepas habis belajar *kalo jodoh cepat* tapi MAI TAK PANDAI MASAK !!! Huwaaaa! Jujur lah, pandai tapi tak semua Mai tau masak . . Tipulah kalau tak cuba belajar tapi bila penyakit M *malas* datang, semua jadi tak betul . . 


Okay, mesti korang tanya apa motif Mai letak gambar ikan tu . . Bukan nak buat korang terliur tapi tu lah musush Mai . . Mai suka makan ikan *tak semua ikan* tapi Mai tak pandai nak siang ikan . . Homaigad! Anak dara apalah nie tak pandai siang ikan . . Tapi itulah kelemahan Mai . . Bukan kawan tak ajar tapi Mai geli nak keluarkan insang & perut dia tue . . 

Lepas tue, Mai tak pandai kemas rumah . . Lepas bangun tido, Mai tak kemas kan katil pun . . 


Agak-2 macam nie lah bilik Mai . . Baju berlonggok je atas tilam . . Selimut memang tak lipat lah . . Teddy bear banyak-2 plus dengan bantal banyak-2 memang tak kemas . . Fuhh! Semak jugak mata tengok tapi penyakit M nie makin menjad-2 pulak . . TQ to kawan Mai lah sebab dia rajin kemaskan :)

Sape yang kawen dengan Mai nie memang malang lah . . Awal Mai cakap . . Hikhikk! Okay lah, sampai kat sini je entry merepek Mai :)

End!

Friday 7 June 2013

Dia Sudah Berubah ~ Aku ??

Salam Jumaat :)

Haa ~ tu kenapa tak pergi sembayang Jumaat lagi tue wahai Adam ?? Nak kena rotan yew :) Pergi sembayang cepat ! Nanti Mai baling dengan kuali baru tau . . Hikhikk !


Korang nampak tak awek cun kat atas tue ?? Comey kan tapi tak boleh kalahkan kecomelan Mai kan *muntah 10 baldi!* . . Tu lah kawan satu sekolah dengan Mai dulu *sorry Michelle sbb aku kidnap gmbr kau*  . . Dia dah memeluk Islam . . Mai ada dengar cerita tapi tak pasti . . Tau-2 dia dah masuk Islam & dia dah kawen last year *kawen tak bagi tau aku pun* . . Congrats dear sebab dah kawen . . Cepat-2 dapat baby :)

Persoalannya sekarang ~ Dia dah berubah but aku ?? Entahlah . . Mai still tak dapat fikir jalan yang mana hendak Mai pilih . . Tadi ada dok borak-2 kosong dengan si ❤ . . Hurmm takut bila fikir masa depan & luckily si ❤ tenangkan Mai & beri kata-2 semangat *tQ abam for be with me*. . Yelah jodoh tu di tangan Tuhan kan tapi kalau boleh, tak mau jodoh dengan orang lain . . *sebab dah sayang giler dengan dia* 


Hakhakk buruk rupa Mai pakai tudung . . Terserlah ketembaman pipi Mai . . Nie gambar tahun lepas . . Masa Mai duduk dekat asrama *miss the moment at hostel* Pipi tu memang tak dapat nak sorok ~ Lazy BamBam *nama baru Mai* 

Huhh ! Exhausted ! Mai serahkan saja pada takdir . . Biar takdir menentukan segalanya . . Jika takdir menentukan Mai untuk berubah macam kawan Mai, adalah korang tengok Mai pakai tudung tapi jika takdir menentukan Mai seperti sekarang, Mai terima saja . . 

Sampai disini sahaja entry merepek Mai *kau memang suka merepek pun* . . 'Till we meet again :)

End!

Thursday 6 June 2013

Best Nya Dipuji ~

Salam Sejahtera !


Kena puji ?? Sape puji Mai ek ?? Kenapa Mai kena puji ?? STOP ! Banyak sangat soalan tu . . Sape yang tak pernah kena puji ? Tipulah kalau tak pernah . . Even sikit pun, dah rasa senyum sampai ke tengkuk bila di puji *ada ke senyum sampai ke tengkuk* 

Back to story, Mai tak ingat bila tapi masa tu Mai tak online so Mai tak tahu cerita . . Buka-2 Facebook, Mai tengok ada post yang Mai ditag belum di approve . . Mai pun approve & baca lah post tu . . Mula-2 baca macam blurr tapi lama-2 Mai senyum sendiri sebab blogger newbie kata Mai pro edit blog . . Sebab Mai pernah edit blog dia & Mai edit simple je tapi ada orang puji blog dia & dia pun promote la Mai . . Serious malu doe! Happy pun ada kena puji tapi selebihnya malu . . 


Malu doe! Mai cepat-2 cakap yang Mai belum pro lagi . .Mai ajar mana yang Mai tahu . . Agak-2 Mai tak tahu, Mai maseh tergapai-2 cari dalam  +Google  . . Bab friendly tu, Mai memang friendly . . Orang bertanya, Mai beri pendapat :)

Nie, yang kedua pula . . Semalam Mai update post kat group Isma Kids . . Mai bosan & tak tahu nak buat apa jadi Mai update la status ::


Sekali Mai dipuji daa~ Dorang kata muka Mai baby face & tak nampak tua . . Hakhakk ! Kembang semangkuk hidung Mai . . Actually Mai tak ada pun amalkan guna apa-2 produk kecantikkan . . Mai cuma amalkan makan buah-buahan & the most improtant, Mai jarang guna make up . . Kulit Mai jenis yang berjerawat kecil . . Bila jerawat tumbuh, Mai langsung tak picit sebab nanti akan tinggalkan parut . . Mai cuci muka macam biasa & sedar tak sedar, jerawat tu akan pecah sendiri . .

Hehee ! Lepas nie Mai nak jadi budak kecik pulak :) hikhikk! Okay lah, sampai disini saja entry merepek Mai . . 

End!

Wednesday 5 June 2013

Teringin nya~

Salam Sejahtera !

Semalam tengah Mai tengok tv dekat kampung, Mak cik Mai datang rumah . . Mai tengok perut dia, cute sangat ! Buat Mai teringin nak mengandung cepat . . Mai tak tahu kenapa Mai obses sangat nak mengandung cepat . . Maybe sebab tak sabar nak anak kot ~


Cute kan ?? Tapi kan, orang kata kalau kita obses sangat nak anak, nanti kita lambat dapat anak & orang yang tak nak anak, senang-2 je dapat . . Betul ke ?? 


Hurmmm *thinking* Mai rasa tak kot . . Sebab semuanya adalah rezeki dari Dia . . Kan kan :) Tengok sana sini cousin Mai ada yang dah kawen & ada yang dah bertunang buat Mai jeles pulak . . Bila lah turn Mai pulak nak merasa semua tue . . Tapi, Mai pun ada baby jugak sekarang . . Nak tengok baby Mai, meh tengok bawah ::


Baby hamster ! Cute sangat ! Mai beli dekat pasar dekat kampung Mai . . PingPing nama dia sebab sangkar dia warna pink . . Naseb lah dia dapat tuan yang minat pink . . Mai tak tau jantina dia . . Tapi Mai rasa jantan kot . . Mai baru lepas beli kan bola untuk dia main . . Sekarang nie, Mai dah ada 3 haiwan peliharaan . . 2 ekor kitty Mai tapi tue dekar Ipoh & baby hamster nie yang latest . . Nanti Mai nak beli seekor lagi sebab macam kesian dia sorang-2 . . 

So~ sampai di sini saje lah entry merepek Mai . . Mai teringin nak baby cepat . . Doakan jodoh Mai sampai selepas Mai habis belajar . . Dan mudahan Mai bunting pelamin . . Amen :)

End!