Sunday 30 November 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Mailey Jayley

Umur pengguna? 22 tahun

Jantina pengguna? (Perempuan)

Jenis kulit? Berminyak

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Kulit saya sekarang sangat berminyak kerana liang roma muka saya terbuka luas. Selain itu, kesan parut jeragat banyak dimuka. Juga kulit muka saya sangat kusam kerana sering tidur lewat dan kurang rehat. Ramai yang sudah mencuba Ephyra ini dan kesannya sangat AWESOME! Saya teringin muka saya kembali segar, sehat dan putih gebu. Selain itu saya mahu kesan parut jeragat saya hilang :)

Pengguna Ephyra? Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Thursday 27 November 2014

Beza antara Cemburu dan Cemburu Buta


Yowwww!! Ohaiyo! 

Rajin pula Mai selalu bagi tips kan?! Hahaaa bukan apa. Mai bagi tips bukan hanya untuk korang tapi untuk peringatan diri Mai. Almaklumlah kan. Bila dilamun ombak cinta, semua indah-indah belaka. Tapi ingat! Jangan sampai terlanjur pula!

Okay! Kali ini Mai nak bagitahu petrrbezaan antara Cemburu dan Cemburu Buta.

Cemburu:
~> Dalam setiap perhubungan, wajib ada cemburu kan? Kalau tidak cemburu, tandanya tidak sayang atau peduli lah kan? Cemburu ini terjadi apabila pasangan kita bersayang-sayang atau bermesra-mesraan dengan lelaki/perempuan lain tanpa pengetahuan. Haaa cemburu yang ni cemburu sihat namanya.

Cemburu Buta:
~> Haaa yang ini tidak sihat. Kerana setiap saat ada saja yang dia cemburukan. Walaupun pasangan dia sedang berbincang dengan kawannya pun dia nak cemburu. Nak bergurau dengan kawan pun cemburu juga. Walhal bukan si dia seorang yang bergurau dengan lelaki/perempuan lain. Ada juga kawan lain turut serta. Kadang-kadang, sedang si dia usha profile laman sosial kawan dia pun dia nak cemburu. Haisss! Parah dah ni. Baik pergi berubat dengan pakar mental sebelum jadi parah. 

Mai pernah mengalami situasi cemburu biasa dan cemburu buta. Memang menguji mental dan perasaan tau. Lama-lama boleh mental disorder Mai. Hahaa

See u again!! Byee! Sayonara!

*psst! Taip entry cepat² sebab lapar. K masak time!!

Wednesday 26 November 2014

Wordless Wednesday: Perempuan!! Tercabarkah Anda??

Hai!! Konichiwaaa!!

Gambar tu Mai dapat dari one of my Facebook friend.

Pada Mai lah, sedikit pun TIDAK rasa tercabar. Sebab Mai memang dilahirkan dan dicipta sebagai perempuan.

Shame on you PONDAN! Tuhan dah ciptakan kamu sebagai lelaki tapi kamu mengubah ciptaanNya. Cepatlah bertaubat dan kembali ke jalan asal.

Monday 24 November 2014

Top 5 Perkara Yang Wanita Tidak Suka

Holaaa!! Konichiwaa!

Kali ini Mai nak berkongsi tips untuk yang sedang hangat bercinta tu. Bercinta memang seronok tapi tidak semua boleh ditelan atau disimpan dalam hati.

Ini antara top 5 perkara yang wanita/perempuan PALING tidak suka. Maksudnya yang lelaki lakukan terhadap dia lah ^_^ 

1. Di bandingkan dengan wanita lain
 ~ Perkara ini yang paling dibenci oleh wanita. Kenapa perlu bandingkan si dia dengan wanita lain? Terimalah dia seadanya. Awak tu 100% sempurna ke? 

2. Diabaikan dengan sengaja
~ Suka-suka nak abaikan si dia. Kalau pun awak sibuk lepak, main futsal atau main DOTA, bagilah tahu dia. Tapi kalau wanita yang jenis 24/7 nak melekat je, itu memang patot lah diabaikan. Hahaaa

3. Buat Si Dia tertunggu-tunggu
~ Haaa! Yang ini pun Mai tak suka. Kita punya lah tunggu dia tapi dia buat tak tahu je. Buat muka innoncent pula kan. Hahaaa

4. Bergurau dengan niat menyakitkan hati
~ Sengaja bergurau sesuatu tapi dengan nada atau niat nak sakitkan hati si dia. Sakit hati tau bila dis sengaja je perli kita.

5. Mengungkit kisah silam
~ Pada Mai, kisah silam lah benda paling TAK WAJIB untuk dijawab. Yang nak ungkit tu kenapa?! Awak tu tak ada kisah silam ke?! 

Haaaa cik abang sekalian. Wanita ni tak susah sebenarnya. Bila awak pandai jaga hati dia, hubungan pun bahagia. Tapi sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula couple yee. 

Okay, that's it. See in next entry. Sayonaraaa! Byee! 
\(^•^)/

Friday 14 November 2014

Choco Bubble Rice

Hai korang!! Miss me? Hahaa

Korang pernah makan kuih beras kan? Mesti pernah kan. Tapi korang pernah tak dengar Choco Bubble Rice?? Mesti belum pernah cuba kan.



Choco Bubble Rice ni special handmade dari Ima collection. Terdapat dalam 2 bekas iaitu jar kaca atau bekas plastic. Ada pelbagai jenis isi kandungan yang korang boleh pilih. 

Antaranya, Bubble Rice, Nestum Careal, Oreo Crunch. Selain itu korang boleh pilih jenis cokelat mengikut kegemaran korang tau! Jenis cokelat ialah perisa Dark Chocolate, Milk Chocolate dan White Chocolate.

Sedap tau! Mai tak puas makan satu jar tu. Sampai rasa nak jilat je dalam bjar tu.  Jika berminat, boleh hubungi Ima (012-8706289) atau boleh juga ke blog beliau di putrimalupage.blogspot.com 

Okay, see you all again. Byeee!!

Sunday 9 November 2014

Virus Dekat Facebook

Salam Sejahtera!!

Hai semua!! Pernah dengar atau lihat tak virus dekat Facebook?? Okay sebenarnya benda tu bukan benda baru tapi dah lama. Tapi sejak baru-baru ini makin ramai yang terkena virus dekat Facebook tanpa di sedari.

Caranya mudah je. Klik link dah automatik virus itu akan tersebar ke wall kawan Facebook kita. Pandai mereka yang buat virus ni. Mereka reka ayat bagi gempak berserta gambar yang mantap. Buat orang tertanya-tanya mesti mereka klik.

Haaa!! Simple as A B C. Tuan punya akaun Facebook pun tak tahu mereka post benda macam tu kat wall kawan mereka. Bila nampak mereka post gambar dan link, JANGAN klik.

"Ala. Virus je. Laptop atau handphone I ada anti-virus." Okay nanti kalau klik link tu, esok lusa nak log in Facebook tak boleh, JANGAN MENYESAL! So extra be careful okay.

So, here the way macam mana nak buang virus tu ok www.jiwarosak.com/cara-buang-virus-facebook/

See u again!! Byeee!!

Saturday 8 November 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Susah sewa rumah tinggi sangat

Holaaa!! Salam sejahtera!

Fuhhh!! Berhabuk blog Mai ni. Lama Mai tak update entry. Kali ni Mai nak cerita pasal yang selalu jadi kat Mai.

Kalau biasa, masa-masa macam ni dah berebut orang nak mandi. Bilik mandi dekat tempat Mai menyewa ni ada 3 bilik mandi. Sekarang ni, ramai yang akan berebut mandi pukul 9 ke atas.

Nak tahu kenapa, sebab kalau mandi sekarang memang tak ada air. Cuba lah mandi. Ada yang keluar pergi dapur takung air dalam baldi.

Mula-mula tak tahu kenapa tapi kawan Mai cakap pressure air tu tak sampai ke atas sebab orang bawah rumah guna air. Demm!! Sebelum ni tak pernah pulak. Haisss! Mau jadi jeruk dulu sementara tunggu pukul 9.

Tapi............ Mai memang jarang mandi tau! Kbai!!

See you again!!