Thursday 27 November 2014

Beza antara Cemburu dan Cemburu Buta


Yowwww!! Ohaiyo! 

Rajin pula Mai selalu bagi tips kan?! Hahaaa bukan apa. Mai bagi tips bukan hanya untuk korang tapi untuk peringatan diri Mai. Almaklumlah kan. Bila dilamun ombak cinta, semua indah-indah belaka. Tapi ingat! Jangan sampai terlanjur pula!

Okay! Kali ini Mai nak bagitahu petrrbezaan antara Cemburu dan Cemburu Buta.

Cemburu:
~> Dalam setiap perhubungan, wajib ada cemburu kan? Kalau tidak cemburu, tandanya tidak sayang atau peduli lah kan? Cemburu ini terjadi apabila pasangan kita bersayang-sayang atau bermesra-mesraan dengan lelaki/perempuan lain tanpa pengetahuan. Haaa cemburu yang ni cemburu sihat namanya.

Cemburu Buta:
~> Haaa yang ini tidak sihat. Kerana setiap saat ada saja yang dia cemburukan. Walaupun pasangan dia sedang berbincang dengan kawannya pun dia nak cemburu. Nak bergurau dengan kawan pun cemburu juga. Walhal bukan si dia seorang yang bergurau dengan lelaki/perempuan lain. Ada juga kawan lain turut serta. Kadang-kadang, sedang si dia usha profile laman sosial kawan dia pun dia nak cemburu. Haisss! Parah dah ni. Baik pergi berubat dengan pakar mental sebelum jadi parah. 

Mai pernah mengalami situasi cemburu biasa dan cemburu buta. Memang menguji mental dan perasaan tau. Lama-lama boleh mental disorder Mai. Hahaa

See u again!! Byee! Sayonara!

*psst! Taip entry cepat² sebab lapar. K masak time!!

No comments:

Post a Comment

•❤• Dah baca ?? Komen lah •❤•
•❤• Rajinkan tangan korang sedekah komen •❤•
•❤• 1 pun jadilah dari tak ada kan •❤•
•❤• Tapi JANGAN SPAM pulak tau :) •❤•
•❤• TQ sebab sudi komen •❤•