Wednesday 30 October 2013

Senang Ke Jadi Blogger??

Salam Sejahtera & Konichiwa!!


 Haacchummm!! 

Perrghh berhabuk berdebu beranak pinak labah dalam blog mai nie..hehee Lama mai tak update blog kan..Bukan sebab kekeringan idea tapi laptop rosak satu hal dan jadual betul-betul padat macam ikan sardin jenama Kingcup tu..hehee Okay mai bukan nak cerita pasal sardin or whatever tapi pasal senang ke jadi blogger?? Mai tiba-tiba dapat idea pulak nak taip pasal ni..Makin lama makin banyak blogger newbie muncul macam cendawan..Tapi dorang tau tak macam mana nak jadi blogger sebenar nya.. 


 "Ala apa susah kak..Sign up, touch up blog cantik-cantik, taip entry merapek meraban & publish!" Amboi dekk..Ko ingat nak jadi blogger sesenang beli makanan bungkus kat kedai kalau korang malas masak ke?? Its not easy k..Nak jadi bogger sebenar banyak dugaan tau dek.. Tengok follower tepi tue, bukan nya buat blog terus dapat follower banyak mcam tu..Kena usaha tau..


Lagi satu, tak semua yang kita taip dapat diterima semua pihak..Kalau dapat pihak yang setuju, syukur lah..Kalau dapat pihak yang asyik membangkang je, memang parah nak hadap dorang..Macam nak tak nak je publish komen dorang kan.. Setiap blogger yang sebenar akan merasai segala susah senang nak jadi blogger..Mai pun pernah rasa dikritik..Memang down lah..Terima kasihlah kepada blogger2 yang bagi mai semangat masa itu..

Pendek kata, tak semudah A B C nak jadi blogger..Bukan hanya setakat menaip entry tapi kena berhati-hati bila menulis..Lagi satu, penulisan kita jangan lah macam "itew nuc mamam nasic lewmak larh..itew tuc mawkan pawgi tadirk.." Kamu sorang je paham dekk..hahhhaa Plus, font tue jangan lah comel kecik sangat..Naik juling mata Mai nak baca..hihii

 Sekian saja entry merepek mai kali ni..

See you!!