Monday, 24 November 2014

Top 5 Perkara Yang Wanita Tidak Suka

Holaaa!! Konichiwaa!

Kali ini Mai nak berkongsi tips untuk yang sedang hangat bercinta tu. Bercinta memang seronok tapi tidak semua boleh ditelan atau disimpan dalam hati.

Ini antara top 5 perkara yang wanita/perempuan PALING tidak suka. Maksudnya yang lelaki lakukan terhadap dia lah ^_^ 

1. Di bandingkan dengan wanita lain
 ~ Perkara ini yang paling dibenci oleh wanita. Kenapa perlu bandingkan si dia dengan wanita lain? Terimalah dia seadanya. Awak tu 100% sempurna ke? 

2. Diabaikan dengan sengaja
~ Suka-suka nak abaikan si dia. Kalau pun awak sibuk lepak, main futsal atau main DOTA, bagilah tahu dia. Tapi kalau wanita yang jenis 24/7 nak melekat je, itu memang patot lah diabaikan. Hahaaa

3. Buat Si Dia tertunggu-tunggu
~ Haaa! Yang ini pun Mai tak suka. Kita punya lah tunggu dia tapi dia buat tak tahu je. Buat muka innoncent pula kan. Hahaaa

4. Bergurau dengan niat menyakitkan hati
~ Sengaja bergurau sesuatu tapi dengan nada atau niat nak sakitkan hati si dia. Sakit hati tau bila dis sengaja je perli kita.

5. Mengungkit kisah silam
~ Pada Mai, kisah silam lah benda paling TAK WAJIB untuk dijawab. Yang nak ungkit tu kenapa?! Awak tu tak ada kisah silam ke?! 

Haaaa cik abang sekalian. Wanita ni tak susah sebenarnya. Bila awak pandai jaga hati dia, hubungan pun bahagia. Tapi sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula couple yee. 

Okay, that's it. See in next entry. Sayonaraaa! Byee! 
\(^•^)/