Wednesday, 5 June 2013

Teringin nya~

Salam Sejahtera !

Semalam tengah Mai tengok tv dekat kampung, Mak cik Mai datang rumah . . Mai tengok perut dia, cute sangat ! Buat Mai teringin nak mengandung cepat . . Mai tak tahu kenapa Mai obses sangat nak mengandung cepat . . Maybe sebab tak sabar nak anak kot ~


Cute kan ?? Tapi kan, orang kata kalau kita obses sangat nak anak, nanti kita lambat dapat anak & orang yang tak nak anak, senang-2 je dapat . . Betul ke ?? 


Hurmmm *thinking* Mai rasa tak kot . . Sebab semuanya adalah rezeki dari Dia . . Kan kan :) Tengok sana sini cousin Mai ada yang dah kawen & ada yang dah bertunang buat Mai jeles pulak . . Bila lah turn Mai pulak nak merasa semua tue . . Tapi, Mai pun ada baby jugak sekarang . . Nak tengok baby Mai, meh tengok bawah ::


Baby hamster ! Cute sangat ! Mai beli dekat pasar dekat kampung Mai . . PingPing nama dia sebab sangkar dia warna pink . . Naseb lah dia dapat tuan yang minat pink . . Mai tak tau jantina dia . . Tapi Mai rasa jantan kot . . Mai baru lepas beli kan bola untuk dia main . . Sekarang nie, Mai dah ada 3 haiwan peliharaan . . 2 ekor kitty Mai tapi tue dekar Ipoh & baby hamster nie yang latest . . Nanti Mai nak beli seekor lagi sebab macam kesian dia sorang-2 . . 

So~ sampai di sini saje lah entry merepek Mai . . Mai teringin nak baby cepat . . Doakan jodoh Mai sampai selepas Mai habis belajar . . Dan mudahan Mai bunting pelamin . . Amen :)

End!