Tuesday, 14 April 2015

Kisah Pelajar U dan Memasak

Kisah Pelajar U dan Memasak

Beberapa hari ini hangat diperkatakan tentang tajuk yang ingin suka-suka cerita ceritakan kepada anda semua. Kisah pelajar U dan memasak. Kisahnya bermula apabila orang yang dipilih oleh rakyat marhaein telah mengeluarkan kenyataan yang mengundang 1001 troll dari rakyat Malaysia terutamanya Netizen.

Menurut beliau, beliau menyarankan semua pelajar UiTM untuk memasak sendiri di asrama untuk berjimat akibat dari kenaikan harga makanan disebabkan oleh dasar cukai baru di negara ini iaitu GST.

Maka pelbagai pandangan,komen dan lebih-lebih lagi troll telah dilontarkan kepada si pembuat kenyataan ini.

Semua memang sedia maklum bahawa di UiTM dan U U lain pun pelajar tidak dibenarkan untuk memasak. Kerana banyak implikasi kenapa ia tidak dibenarkan. Salah satu perkara ini boleh membahayakan orang lain sekiranya pelajar yang memasak tadi menyebabkan kebakaran kepada asrama. Ini hanya satu contoh.

Setahu admin dulu semasa zaman pengajian pihak asrama memang telah memberi garis panduan apa peralatan elektrik dan sebagainya yang boleh di bawa masuk ke bilik asrama. Paling penting adalah cerek elektrik sebab cerek ini boleh memasak air panas. Dan bila ada air panas anda boleh lah memasak mee segera.