Wednesday, 28 August 2013

Pengalaman Shopping Di Zalora !

Salam Sejahtera & Ohaiyo !!


Hari ini Mai excited sangat nak buat entry . . Ehee !! Kalau dapat nak lompat-lompat macam dalam gambar atas itu ! Tapi al maklumlah kita dah besar kan . . Nanti orang kata kita buang tebiat pula kan :) Ehee !! Semua orang mesti dah ada pengalaman bershopping di Zalora kan ?? Mai je masih kuno lagi tau TAPI baru-baru ni Zalora hendak berkerjasama dengan blog buruk Mai ini . . Mai pun terima lah pelawaan mereka ! 

Jujur memang susah juga lah nak buat entry yang menepati citarasa @ kemahuan mereka . . Mereka tak mahu entry yang terang-terang promote tentang mereka . . Kalau korang ada terima email @ comment dari Zalora, korang boleh lah cari idea nak buat entry dengan tengok entry Mai di SINI :)


Itu adalah barang yang Mai order dari Zalora . . Setelah buat entry dan mereka berpuas hati, dapat lah voucher RM50 dari Zalora . . Dengan sepantas kilat Mai buka web site mereka dan pilih barang yang hendak di beli . . Mai order Ballerinas with bow flat shoe dan Green Polka Dot Shirt untuk kawan Mai . . Pagi tadi Mai baru baca mesej dari mereka mengatakan barang akan sampai kurang dar 24 jam . . Jadi Mai pun relaks-relaks dulu . . Tiba-tiba kawan Mai panggil & bagi tau barang dah sampai ! Excited bukan main !


Inilah kasut yang di order Mai . . Mul-mula tengok macam besar tapi bila pakai, muat juga . . Mai suka ribbon dekat kasut itu , , Kawaii desh ! Ehee ! Mai tengok dengan teliti kasut itu . . Mana tahu ada koyak ke apa ke . . Boleh pulangkan balik . . Kan mereka ada serta kan borang pemulangan balik . . 


Mai suka ribbon kasut tu ! Bukan saja mereka gam tapi mereka jahit tepi ribbon itu . . Mai suka ! Tidak lah tanggal ribbon tersebut :)


Ohh ye !! Hamster gemuk ini pun Mai dapat dari Zalora tau *yelah tue mai*


Akhir kata, memang berpuas hati dengan mereka ! Ohh ye !! baju yang untuk kawan Mai itu tak sempat nak snap sebab dia dah masuk dalam baldi untuk di cuci . .Penghantaran cepat dan cara pembayaran pun banyak , , Mai pilih COD @ Cash On Delivery . . Bermaksud boleh bayar semasa barang itu sudah sampai . . Boleh bayar dekat posmen itu lah kan . . Mai guna pembayaran COD :) Boleh layari Zalora Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut ! TQ Zalora !

End !