Sunday 21 July 2013

Banduan Indonesia Terlepas?

Salam Sejahtera!!

Semalam kecoh di laman social Facebook mengatakan 6 orang banduan Indonesia terlepas dari penjara dan melarikan diri ke Kuching . . Tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah tidak benar . . Mai terbaca entry blog seorang blogger Sarawak Borneo Girl dan berikut adalah petikan dari Fan Page PDRM ::

SEKATAN JALAN RAYA, PEMERHATIAN UDARA TIDAK ADA KAITAN DENGAN KHABAR ANGIN 

Kuching, 20 Julai - Eksesais sekatan jalan raya dan pemerhatian udara semalam di bandaraya Kuching adalah sebahagian daripada program pencegahah jenayah, yang tidak ada kaitan dengan mana-mana banduan yang melepaskan diri daripada Indonesia, kata Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata terdapat khabar angin mengatakan banduan daripada Indonesia yang melepaskan diri telah melarikan diri ke Kuching berdasarkan beberapa sekatan jalan raya dan tinjauan udara oleh helikopter pasukan gerakan udara (PGU).

"Untuk maklumat gerakan tersebut adalah sebahagian daripada program pencegahah jenayah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Sarawak," katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Pada Jumaat lepas, sekurang-kurangnya lima maut dan lebih 200 banduan berjaya melarikan diri dalam insiden rusuhan ganas di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia. - BERNAMA

So berhenti sebarkan khabar angin ye tapi masih juga berhati-hati kepada penduduk Sarawak krana tidak mustahil mereka akan melarikan diri ke Sarawak . . 

End!

No comments:

Post a Comment

•❤• Dah baca ?? Komen lah •❤•
•❤• Rajinkan tangan korang sedekah komen •❤•
•❤• 1 pun jadilah dari tak ada kan •❤•
•❤• Tapi JANGAN SPAM pulak tau :) •❤•
•❤• TQ sebab sudi komen •❤•