Thursday 25 July 2013

Hey Stalker!

Salam Sejahtera!!


Korang pernah ada stalker tak ?? Mesti pernah kan . . Memang annoyed rasanya bila stalker ini asyik ikut saja kita ke mana sahaja kita pergi tapi stalker Mai ini selalu ikut perkembangan Mai di blog . . 

Tahu-tahu saja dia follower Mai berapa dan apa post Mai . . Siap dia kata "Orang tu dah popular . . Tengok follower dia 800+ . . " katanya . . Katanya tau . . Bukan Mai reka-reka . . Popular ke Mai ek ?? Rasanya tidak . . Tidak ada perkataan popular dalam kamus hidup blog Mai . . Mai buat blog bukan hendak popular tapi ingin berkongsi dan mencari ilmu saja . . 

mana mata abam ??

Inilah stalker cute yang selalu jenguk blog Mai . . Ehee!! Sorry abam, I kidnap your pic :) Rajin dia stalk blog Mai yang merepek ini . . Ada-ada saja dia kata Mai dah popular . . Cubit nanti baru tahu . . Mai baru tahu dia rajin stalk blog Mai . . Ingatkan tidak berminat nak tengok sebab entry memang merepek semua . . 

Korang mesti ada stalker cute jugak kan ?? 

End!

Wednesday 24 July 2013

SEGMEN : KUMPUL DUIT RAYA

Salam Sejahtera!

Kali ini Mai merajinkan diri join Segmen yang di anjurkan oleh Cik Minie . . Kita sama umur lah! Klik banner untuk join!


Okay Mai dah clear Cookies/Cache dan klik ke semua iklan Minie and here is my links ::

M  A  I  L  E  Y  A  N  I  Q

Mai dan follow Minie . . Semua fanpage sudah di klik . . 

End!

Penjelasan Isu Makan Dalam Bilik Persalinan Dan Bilik Mandi

Salam Sejahtera!


Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut. 

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. 

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat: 

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi. 

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri. 

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin. 

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin" 

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut. 

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan. 

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini. 

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini . 

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak. 

Gambar diatas sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.

nota terbang :: owhh macam tue rupanya . . 

Tuesday 23 July 2013

Ya, saya bernikah di Thailand.


22 Jul – Setelah lima tahun memegang status ibu tunggal, pelakon Abby Abadi tampil membuat pengakuan dia sudah bernikah di Thailand bersama jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 9 Julai lalu.

Berita mengenai perkahwinan Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, dengan Farhan, 24, menjadi buah mulut orang ramai setelah Abby memuat naik gambarnya bersama Farhan menerusi Instagram Jumaat lalu.

Dalam gambar tersebut, Abby mengatakan sudah 12 hari bergelar isteri kepada lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya.

"Ya, saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit," jelas bekas anggota kumpulan Elite itu. 

Abby bagaimanapun enggan mengulas mengenai lokasi perkahwinan kerana khuatir perkara ini akan mencetuskan masalah dalam rumah tangganya. Pelakon ini juga tahu pasti ada respon positif mahupun negatif mengenai perkahwinannya namun dia tetap menyifatkan perkara ini adalah jodoh yang sudah ditentukan.

Mengulas mengenai perkenalan mereka, Abby mengatakan pertemuannya dengan Farhan yang berasal dari Kok Pasir, Tumpat Kelantan itu bermula apabila mereka bertemu di pasar raya dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas dua minggu berkenalan.

Abby juga mengatakan bahawa kedua-dua keluarga mereka merestui perkahwinan ini walaupun pada mulanya terkejut. Abby juga bakal berjumpa dengan keluarga suaminya selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu dan merancang untuk mengadakan majlis persandingan di rumahnya di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala majlis di Tumpat pula akan berlangsung pada 6 September.

Sebelum ini, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8 dan Maria Danisha Hakim, 5 sebelum bercerai pada 18 September 2008.

Selepas itu, Abby pernah bercinta dengan aktor kacak Zul Ariffin selama beberapa tahun sebelum putus pada 2011.

Giveaway Favorite Color by Ina Sazali

Salam Sejahtera!!

Giveaway again!! Mai sedang rajin sertai GA @ Segmen yang blogger anjurkan . . Kalau nak Mai join, tag je Mai :) Dan kali ini tuan blogger Ceritera Ina jemput Mai sertai GA dia . . 


Soalan :: 

apakah warna kesukaan ina?

Jawapan ::

Hijau!

Harap betul :)

End!

GIVEAWAY : Indahnya Islam by Nurul Nizam

Salam Sejahtera!

Terima kasih tuan blog kerana sudi menjemput join Giveaway . . Walaupun Mai bukan Islam tapi Mai join juga . . Tak salah kalau menyokong kan ?? Klik banner pinky untuk join!


Okay Mai dah follow ke semua blog dan ada blog yang Mai sudah follow :) Link-link pun sudah di klik oleh jari-jemari halus Mai :) . . 

Here is my shared post ::


End!

Sunday 21 July 2013

Segmen Klik Iklan by Namiqa

Salam Sejahtera :) 

Mood menjoinkan diri Giveaway dan Segmen yang ditag :) Terima kasih tuan blog kerana sudi menjemput Mai sertai Segmen Klik Iklan dia :)


Mai sudah klik kesemua iklan Namiqa ye . . Dan ini pula link iklan Mai ::

M A I L E Y

Jom sertai ramai-ramai kerana segmen akan terbatal jika pernyertaan kurang dari 10 orang . . 

End!

Segmen klik-klik duit raya by www.cikyaya.my

Salam Sejahtera :)

Terima kasih kepada Kisah Si Nenot kerana sudi menjemput Mai :)


Done klik ketiga-tiga link iklan Cik Yaya :) 

Here is my link::

M A I

Tag :: Kak Didiey & Cik Hawa

klik banner untuk join..
due date 25 July 2013 ( 3pm)

End!

Banduan Indonesia Terlepas?

Salam Sejahtera!!

Semalam kecoh di laman social Facebook mengatakan 6 orang banduan Indonesia terlepas dari penjara dan melarikan diri ke Kuching . . Tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah tidak benar . . Mai terbaca entry blog seorang blogger Sarawak Borneo Girl dan berikut adalah petikan dari Fan Page PDRM ::

SEKATAN JALAN RAYA, PEMERHATIAN UDARA TIDAK ADA KAITAN DENGAN KHABAR ANGIN 

Kuching, 20 Julai - Eksesais sekatan jalan raya dan pemerhatian udara semalam di bandaraya Kuching adalah sebahagian daripada program pencegahah jenayah, yang tidak ada kaitan dengan mana-mana banduan yang melepaskan diri daripada Indonesia, kata Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata terdapat khabar angin mengatakan banduan daripada Indonesia yang melepaskan diri telah melarikan diri ke Kuching berdasarkan beberapa sekatan jalan raya dan tinjauan udara oleh helikopter pasukan gerakan udara (PGU).

"Untuk maklumat gerakan tersebut adalah sebahagian daripada program pencegahah jenayah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Sarawak," katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Pada Jumaat lepas, sekurang-kurangnya lima maut dan lebih 200 banduan berjaya melarikan diri dalam insiden rusuhan ganas di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia. - BERNAMA

So berhenti sebarkan khabar angin ye tapi masih juga berhati-hati kepada penduduk Sarawak krana tidak mustahil mereka akan melarikan diri ke Sarawak . . 

End!

Segmen Kad Raya by DiyanaHani

Salam Sejahtera! 

Sorry owner GA sbb lambat join . . Dan tQ sebab sudi invite Mai :)


 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 


KLIK BANNER DAN JOIN 


End!

Tuesday 16 July 2013

Rezeki Kura-Kura Comey

Salam Sejahtera!!


Tengah excited ni! Korang nampak tak kura-kura tomey kat atas tue ?? Ehee!! Before that, tQ to Cik Hawa sebab inform tentang nie . . Kalau tak kerana dia, Mai rasa terlepas Mai menang kura-kura tomey tue . . Cik Hawa bagi link blog GA Kak Nazirah dan dia suruh buka . . Bila Mai buka, rupanya pengumuman pemenang Segmen Kak Nazirah . . So Mai tengok no bertuah itu ::


Dan! Jeng jeng jeng!!


Syukur! Rezeki Mai dah kura-kura tomey :) tQ jugak kak Nazirah sebab inform Mai selang beberapa minit lepas Mai sent detail :) Tak sabar nak dapat si comey tue :)

End!

Monday 15 July 2013

(Video) Pemohonan Maaf Alvin dan Vivian

Salam Sejahtera!


Korang mesti sudah tahu tentang poster atau gambar yang di upload ke page Alvin dan Vivian di laman social Facebook . . Ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam mencemuh gambar itu kerana mereka menjemput berbuka puasa dengan hidangan Bak Kut Teh yang mengandungi daging babi . . Selain itu, mereka juga meletakkan logo halal konon nya yang makanan itu halal . . 

Ramai rakyat Malaysia yang marah *kalo Mai pun marah jugak* dengan tindakan mereka . . Setelah ramai yang mencemuh mereka, mereka menukar poster mereka itu dengan melekat kan gambar makanan rakyat Malaysia dan meletakan tag 'Ampunkanlah Kami' . . 

Namun, rakyat Malaysia tetap jugak marah dengan perbuatan mereka . . Lalu mereka memuat naik video bertajuk 'Permohonan Maaf Alvin dan Vivian (kontroversi berbuka puasa dengan Bak Kut Teh) . . Jum tonton video mereka ::

Jadi, korang judge yourself sebab Mai pun tak suka . . Ramai juga yang mencemuh dan mengugut mereka di ruang komen Youtube Channel mereka . . Sepatutnya mereka berfikir dahulu kerana ia satu isu yang sensitive bagi kaum Islam . . Apatah lagi menjemput makan makanan yang tidak halal dan menyalahgunakan logo Halal . . 

End!

Friday 12 July 2013

Dah Break ??

Salam Sejahtera!


Korang kenal dengan gadis comel di atas itu? Beliau adalah Puteri Awani . . Owner kepada video 'Couple Seminggu" itu . . 

Hari ini kecoh mengatakan mereka sudah putus . . Adakah sahih berita yang korang dapat itu ?? Mai pun mulakan misi Charle's Angles *betul ke aku eja* Mai menjejaki akaun Twitter beliau dan membaca segala tweet mereka . . DAN!! Mai terjumpa ini ::


'KAMI BELUM BREAK ! HOPE FAHAM' kata Puteri Awani menerusi laman Twitter beliau . . Begitu juga dengan teman lelaki dia yang mengaku bahawa mereka belum putus dan masih menjalinkan hubungan seperti biasa . . 

Mai tidak pasti dari mana datang berita yang mereka sudah putus . . Mai baca sudah membaca beberapa berita yang mengatakan mereka sudah putus hubungan . . Tapi apa yang Mai jumpa adalah sebaliknya . . Teman lelaki Puteri juga sempat menenangkan dia . . Mai paham perasaan dia itu . . 

Untuk entry yang Mai post kelmarin, hanyalah pendapat Mai . . Mai tidak mengeluarkan fitnah atau menyuruh membenci dia . . Jangan salah paham dahulu . . Mai tidak mengutuk pun kerana setiap manusia tidak lepas dari dugaan . . *seperti Mai yang berpuasa hari nie . . lapar tau!*

Di bulan yang mulia ini, sedekahkan lah sepotong doa agar Tuhan memberikan Puteri dan teman lelakinya kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi dugaan itu . . 

End!

nota terbang :: sabar ek dek . . banyak kan bersabar . . 

1st Segmen Dari Blog Nazirahnyerr

Salam Sejahtera!

Kali ini Mai nak join Segmen yang dianjurkan oleh kak Nazirah . . Beliau sendiri menjemput Mai tau :)


Alololo tomey nya kura-kura itu . . Nak boleh kak :)

Okay, ini kira macam biodata Mai pulak :

1. Nama : Mailey Jayley
2. Umur : 21 years old
3. Birthday : 19 April 1992
4. Makanan Kegemaran : Tak kesah asalkan berkenaan dengan ayam
5. Minuman Kegemaran : Ice Lemon Tea 
6. Hadiah Paling Istimewa Pernah Dapat : Mai pernah dapat Teddy Bear dari Mummy tersayang dan Heel dari Daddy tersayang sempena birthday Mai ke 20 :)

End!

Tuesday 9 July 2013

Seminggu Dah Couple ??

Salam Sejahtera!

Korang mesti sudah tahu tentang video bertajuk "Couple Dah Seminggu" @ "Couple Sminggu" kan ?? Belum tahu ?? Kita geng! Mai pun baru tahu tentang video itu selepas tengok post dari page Tengku Fatin Fadzil . . Tak kenal beliau ?? Beliau Vlogger popular selepas Mat Lufti dan Kak Maria Elena tau . . 


Haa!! Korang dapat teka siapakah gerangan gadis comel di atas itu ?? Actually Mai tak berapa pasti pemilik sebenar sebab video asal telah di'PRIVATE' kan . . Cuba klik keyword 'couple seminggu' dekat +YouTube  dan ternyata pantas sahaja tangan-tangan men'download' dan meng'upload' kembali video itu . . Mungkin mereka tahu bahawa video itu akan di padam jika panas diperkatakan . . Kepada yang belum melihat video tersebut, boleh tonton video itu di bawah ::

Reaksi Mai ?? Mula-mula intro video itu Mai macam blurr sebab tidak paham video ini untuk apa sebenarnya dan dalam hati Mai 'alololo comey nya budk nie' tapi bila sampai ke ::
minit ke 0:19 - 'siapa mamat nie pulak ?? Ery ke Bery dia sebut ??' 
*Mai bukan pekak tapi music latar itu terlalu kuat dan suara budak itu perlahan . . *
minit ke 0:27 - 'lorhh! nyanyi pulak ?? Btw, sedap suara koe dek'
minit ke 0:41 - 'aikk! janji-janji pulak budak nie . .'
minit ke 0:55 - 'wahh!! terbaik! Janji akan sampai habis nyawa tue'
minit ke 1:03 - 'aikk! janji lagi satu ?? Dahsyat lah'
minit ke 1:06 - 'janji sampai mati pulak dah . . dah macam cerita Setia Hujung Nyawa'
minit le 1:11 - 'janji lagi ?? Nak jadi yang terbaik ?? Dah kawen ke sampai janji banyak sangat'
minit ke 1:33 - 'Lorh ?? Baru seminggu ke ?? Ingatkan dah setahun bercinta tadi . . Hampeh!'
minit ke 1:45 hingga 2:00- 'Selama-lamanya ?? Berapa banyak daa . . Lagipun dek, dah sah ke dia tue jadi suami kamu ??'
minit ke 2:29 - 'Demam ?? Tapi buat video tue larat pulak . . Happy ?? Baru seminggu dek dah happy bagai nak rak . . Adeh'
Okay! Mai dah mula menyampah sekarang . . Mai sudah 3 tahun bersama si tapi belum gila lagi hendak buat video gedik macam dia . . Kak Maria Elena yang dah kahwin itu pun tidak buat video macam kamu dek . . Kamu padam pun tak guna kerana sudah banyak tangan yang download dan upload balik video kamu . . Popular juga kamu ye . . Nanti Mai pun nak cuba buat video sempena anniversary kami yang 3 lah . . Mahu jugak popular kan . . 
Nasihat Mai kepada adik nie ::
Belajar dulu dek . . Jangan fikir sangat tentang cinta . . Make up parents proud tapi akak rasa kamu dah pun buat parent kamu proud sebab video kamu dah popular . . Habiskan pelajaran itu dulu . . Cinta boleh di cari dek . . 
Haraplah benda ini jadi pengajaran buat semua adik-adik kat luar tu . . Nak buat video pun tak perlu nak post dalam +YouTube . . Cukup sekadar kamu dan dia sahaja . . 


End!


nota terbang :: mumy pesan 'belajar selagi kamu mampu . . jangan fikir cinta dulu'

Thursday 4 July 2013

Mini Giveaway by DiyanaHani

Salam Sejahtera!!


Thank you to Tuan Owner GA yang invite Mai join Mini GA beliau :)

End!

nota terbang :: klik banner untuk join :)